• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

959 Kes Baharu Covid-19, 5 Kematian Hari Ini

oleh
09/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 di negara hari ini mencatatkan 959 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 76,265 kes dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 10,748 kes.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 sebanyak 1,068 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 65,124 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah 953 kes.

“Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu 277 kes diikuti Sabah (203 kes) dan Kuala Lumpur (129 kes). Manakala 27 kes berkaitan kluster di penjara iaitu Kluster Tembok (23 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (empat kes),” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat pertambahan lima kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 393 kes atau 0.52 peratus.

“Kes kematian ke-389 (kes ke-39,066) membabitkan lelaki berusia 75 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit gout dan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh (HSB).

“Kes kematian ke-390 (kes ke-62,272) juga lelaki berusia 61 tahun yang meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Dua kematian di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang membabitkan lelaki berusia 60 dan 68 tahun.

“Kes kematian ke-393 (kes ke-65,911) membabitkan lelaki berusia 82 tahun yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, terdapat 127 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 61 kes memerlukan bantuan pernafasan. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd