• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedatangan Pelancong Ke Malaysia Merosot 78.6 Peratus

oleh
07/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketibaan pelancong ke Malaysia dari Januari hingga September tahun ini merosot 78.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas berikutan pandemik COVID-19.

Malaysia hanya menerima 4.29 juta pelancong dalam tempoh berkenaan berbanding 20.1 juta pada 2019, menurut Tourism Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Penurunan jumlah ketibaan pelancong juga menyaksikan pendapatan pelancongan susut sebanyak 80.9 peratus kepada RM12.6 bilion dalam tempoh itu, berbanding RM66.1 bilion pada tahun lepas dengan perbelanjaan per kapita menunjukkan kemerosotan 10.7 peratus daripada RM3,289.30 pada 2019 kepada RM2,938.40 tahun ini.

“Penurunan jumlah ketibaan pelancong secara berterusan disebabkan oleh penutupan sempadan antarabangsa sejak 18 Mac, yang merupakan tindakan proaktif kerajaan dalam membendung penularan pandemik di Malaysia,” menurut Tourism Malaysia dalam kenyataan itu.

Sepuluh pasaran pelancong utama ke Malaysia masih didominasi negara yang sama iaitu Singapura (1,543,627), Indonesia (710,118), China (403,055), Thailand (372,075), India (155,448), Brunei (135,848), Korea Selatan (119,364), Jepun (73,891), Australia (72,369) dan Filipina (65,601), jelasnya.

Menurut Tourism Malaysia, pertumbuhan negatif dilihat bagi pelancong dari setiap pasaran rantau iaitu pasaran jarak dekat (-78.8 peratus), pasaran jarak pertengahan (-80.0 peratus) dan pasaran jarak jauh (-74.0 peratus).

Dari segi pelawat harian ke negara ini, Malaysia mencatatkan sejumlah 1.73 juta ketibaan dari Januari hingga September 2020 iaitu penurunan sebanyak 74.9 peratus berbanding 6.90 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

“Prestasi pelancongan negara-negara lain juga tidak terkecuali daripada menerima kesan daripada penularan pandemik masyarakat global,” menurut Tourism Malaysia.

Berdasarkan data Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA), negara-negara jiran termasuk Thailand, Singapura, Vietnam dan Indonesia turut mencatat penurunan yang sama iaitu melebihi 70 peratus disebabkan sekatan perjalanan antarabangsa yang dikuatkuasakan di negara masing-masing. – BERNAMA

Tags: pandemik COVID-19PelancongTourism Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bersatu Bersama UMNO Bentuk Kerajaan Gabungan Baharu

Next Post

PAS Jadi ‘Orang Tengah’ Kemelut Politik Perak

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

22/03/2025
0

Nilai: Bas yang membawa 20 pelancong warga China terbabit kemalangan dekat Kilometer 43, Lebuhraya Utara- Selatan Hubungan Tengah (Elitte), di...

Next Post

PAS Jadi 'Orang Tengah' Kemelut Politik Perak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd