• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kartel Daging: Pengurus Syarikat Makanan Sejuk Beku Ditahan

oleh
04/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menahan seorang pengurus sebuah syarikat membekal makanan sejuk beku yang dipercayai terbabit dalam kegiatan kartel daging tipu label halal, hari ini. 

Pegawai Kastam Kanan Bahagian Penguatkuasaan Johor, Khalik Drahman, berkata penahanan pengurus itu mengikut Akta Kastam 1967 adalah bagi membantu siasatan. 

“Dia akan ditahan di bawah kesalahan mengangkut barang-barang yang gagal dikemukakan dokumen import yang sah semasa diperiksa. Selepas soal siasat dijalankan, tindakan seterusnya akan diambil bergantung siasatan.

“Kita juga akan sita daging sejuk beku yang tidak mempunyai logo halal hari ini. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyita yang ada logo halal,” katanya di gudang syarikat berkenaan di Taman Perindustrian Senai di sini, hari ini. 

Menurut Khalik, siasatan awal mendapati syarikat itu bukan sahaja menyeludup daging dari China, Brazil, Australia, Ukraine dan Argentina, tetapi turut mengimport ayam dan itik. 

Kastam tidak menafikan kemungkinan terdapat pihak lain yang melakukan kegiatan seumpama itu.

“Saya tidak boleh menafikan kemungkinan itu kerana pasaran daging ini besar di Malaysia. Kalau apa yang kita boleh lihat, mereka menggunakan pembungkusan semula produk dari Australia. 

“Mungkin mereka bungkus semula untuk naikkan harga kerana harga produk Australia mahal dan orang ramai yakin dengan produk negara itu, cuma pembungkusan asal dari mana daging itu berasal masih belum temui,” katanya. 

Media melaporkan semalam melaporkan taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai. – BH Online

Tags: Kartel DagingKastamPenipuan Label Halal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd