• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Sertai Operasi SAR Remaja Jatuh Sungai Pahang

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau dan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohd Loqman Hamka, 20, yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Pahang di Kampung Tebing Tinggi di sini, sejak seminggu lalu. 

Turut mengiringi keberangkatan tiba Seri Paduka di lokasi SAR ialah tiga anakanda iaitu Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah. 

Seri Paduka turut berkenan menyantuni ibu bapa mangsa, iaitu Hamka Abu Bakar, 62, dan Rohaya Ismail, 57, yang berada di lokasi kejadian sebelum mendengar taklimat operasi yang dipersembahkan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.

Sebaik sahaja selesai taklimat, Al-Sultan Abdullah bersama tiga anakanda berkenan menyertai operasi SAR selama hampir sejam bermula 3.10 petang dengan menaiki bot bomba dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh hingga hampir dua kilometer ke hilir sungai.

Dalam kejadian 27 November lalu, Mohd Loqman dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu selepas memaklumkan keluarga mahu memeriksa rawai ikan sekitar 9.30 pagi, sebelum kehilangannya disedari beberapa jam kemudian apabila rakannya menjumpai bot milik keluarga mangsa hanyut. 

Hamka berkata Loqman boleh berenang dan biasa memeriksa rawai ikan selain anak bongsu daripada empat beradik itu banyak membantunya menjaga sangkar ikan patin yang diusahakan sejak 12 tahun lalu. 

Dia juga amat terharu dengan keprihatinan Al-Sultan Abdullah sehingga tidak putus-putus mengucapkan ucapan menjunjung kasih kepada Seri Paduka dan anakanda kerana sudi mencemar duli bertemu mereka sekeluarga. 

“Sudah seminggu kami berada dalam keadaan susah hati kerana anak masih tidak ditemui… sedangkan sudah lebih 20 mayat orang lemas di Sungai Pahang saya angkat sepanjang saya berkhidmat sebagai anggota polis di sini,” katanya. 

Hamka berkata Seri Paduka turut menitipkan kata-kata semangat supaya mereka sekeluarga bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah SWT. 

“Saya terharu ramai yang membantu. Pasukan keselamatan dan orang kampung sudah seminggu membantu kami di sini. Kawan-kawan saya juga bergilir menunggu di hilir sungai sebagai persediaan jika anak timbul dan dihanyutkan arus ke sana,” katanya. – BERNAMA

Tags: operasi SARterjatuh sungaiYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkannya bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd