• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

oleh
02/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini diterjemahkan dalam bentuk lagu berjudul ‘Tolonglah’. 

Cik B, atau nama sebenar Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, berkata lagu berentak rap itu dihasilkan bersama ibunya, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, 49, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida. 

“Sebenarnya, saya suka menyanyi sejak berusia lima tahun dan ramai yang meminta saya menyanyi lagu rap, jadi saya mengeluarkan lagu saya sendiri untuk para pendengar.

“Rakaman video lagu berdurasi 4 minit 50 saat ini dibuat di Kuala Lumpur dan saya harap orang ramai dapat menerima lagu ini,” katanya pada sidang media pelancaran lagu itu di kediaman Vida di Meru Heights di sini, malam tadi. 

Cik B berkata beliau akan menghadiri kelas vokal untuk memantapkan lagi nyanyian sebelum menerbitkan lagu keduanya dalam masa terdekat.

Selain turut mempunyai perniagaan sendiri, Cik B yang mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan mengakui pelajarannya agak terganggu kerana terpaksa membahagikan masa dengan jadual penggambaran filem di Kuala Lumpur dan mengikuti pelajaran di Ipoh.

“Saya juga bercadang untuk melakukan pelbagai kerja dalam masa sama iaitu berlakon, menyanyi dan menjalankan perniagaan. Kalau ada rezeki, saya ingin mencapai ke tahap antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Vida berkata beliau teruja dengan perubahan anak kesayangannya itu yang kini gemar bersolek dan menggayakan pakaian feminin berbanding dahulu selain boleh menyesuaikan diri dengan orang ramai. 

“Sebelum ini, Cik B malu bergaul dengan orang lebih-lebih lagi apabila menerima pelbagai kecaman daripada warganet, sekarang dia sudah ada kekuatan untuk berdepan orang ramai dan keluar daripada kepompong dengan bersedia menjadi seorang selebriti,” katanya.

Video muzik lagu Tolonglah menerima tontonan lebih 140,000 setakat pukul 7 pagi ini selepas dimuat naik di laman YouTube pada pukul 9 malam tadi, selain menerima banyak komen positif. – BERNAMA

Tags: Cik BDatuk Seri VidaLagu RapTolonglah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perikatan Nasional Setuju Cadang Bentuk Majlis Presiden

Next Post

4 Lagi Suspek Kes Tembak PGA Disambung Reman

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

Firman Pula Dakwa Hadiah Berlian GV4 Palsu

19/07/2019
0

PENYANYI Indonesia Firman Siagian mendakwa subang berlian yang diberikan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida adalah palsu. Firman, 40, berkata, barang...

Next Post

4 Lagi Suspek Kes Tembak PGA Disambung Reman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd