• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Tercampak Keluar Kereta, Jatuh Jejambat

oleh
01/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun retak peha kaki kiri selepas terhumban ke bawah jejambat apabila kenderaan dipandu bapanya kemalangan di Kilometer 0.4 Lebuhraya Duke berhampiran Jalan Pahang di sini, Jumaat lalu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 5.40 petang itu, sebuah Toyota Estima dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun dalam perjalanan dari arah Gombak ke Jalan Tun Razak sebelum terbabas ketika melalui laluan berselekoh di situ dan melanggar tembok kiri jalan akibat hujan lebat.

Akibat pelanggaran itu, mangsa yang dipercayai duduk di bahagian belakang kenderaan utiliti sukan (SUV) terbabit terhumban keluar daripada cermin sisi belakang kanan dan jatuh kira-kira 15 meter ke bawah dari jejambat di laluan itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata mangsa jatuh di atas sebuah kereta SUV yang diparkir di hadapan bilik pameran sebuah kedai menjual kenderaan di Jalan Pahang.

“Akibat kejadian itu, mangsa cedera retak paha kaki kiri namun bapanya terselamat tanpa sebarang kecederaan.

“Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dengan ambulans untuk rawatan dan kini dia ditempatkan di Wad Kanak-kanak hospital berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, satu rakaman video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu tular di media sosial sejak malam tadi. – BH Online

Tags: kanak-kanak tercampakLebuhraya Duke
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Lelaki Didakwa Memandu Bahaya Sebabkan Budak Tercampak

18/02/2020
0

REMBAU - Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan seorang...

Budak Tercampak: Pemandu Myvi Direman 3 Hari

12/02/2020
0

REMBAU - Seorang lelaki direman 3 hari bagi membantu siasatan kes kemalangan sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd