• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebuh Raya CSR, KBKK Dijangka Siap 2025

oleh
01/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Projek pembinaan Lebuh Raya Utama Tengah (CSR) dan Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai (KBKK) dijangka siap sepenuhnya pada 2025, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata sehingga kini 21 peratus daripada keseluruhan jajaran CSR siap dibina dan boleh digunakan orang ramai, yang meliputi jalan sepanjang 62 kilometer (km) dari Merapoh hingga ke Kampung Seberang Jelai di Pahang.

“Sebahagian jajaran KBKK yang siap dan boleh digunakan pula adalah dari Pasir Hor ke Ketereh di Kelantan melibatkan laluan sepanjang 13.85 km, iaitu 20 peratus daripada keseluruhan projek ini.

“Apabila keseluruhan jajaran CSR dan KBKK siap kelak, ia dijangka dapat mengatasi masalah kesesakan terutamanya ketika waktu puncak, hujung minggu dan musim perayaan, selain membantu mengurangkan kadar kemalangan,” katanya kepada pemberita selepas hadir mesyuarat bersama dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Hanifa Ahmad serta Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri, Datuk Azami Mohd Nor.

Mustapa berkata projek CSR melibatkan pembinaan lebuh raya sepanjang 295.7 km dari Bentong, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan, manakala KBKK melibatkan laluan sejauh 67.6 km dengan kos keseluruhan sebanyak RM9.5 bilion.

Katanya bagaimanapun, kedua-dua projek dalam Belanjawan 2021 itu hanya dapat dilaksanakan jika mendapat kelulusan dalam perbincangan peringkat jawatankuasa di persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Ditanya mengenai projek pembesaran terminal Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), dekat sini, Mustapa berkata ketika ini, projek itu masih dalam proses pemilihan kontraktor yang dijangka mengambil masa sebulan sebelum kerja-kerja dapat dimulakan.

“Kita menjangkakan projek berkenaan dapat dimulakan awal tahun hadapan dan mungkin mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk siap,” katanya. – BERNAMA

Tags: lebuh raya CSRLebuh Raya KBKKMustapa Mohamed
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd