• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,290 Kes Baharu Covid-19, 4 Kematian, 878 Pulih

oleh
19/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,290 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu kepada 51,680 kes dengan jumlah kes aktif 13,222 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, lima kes import dilaporkan, manakala 1,285 kes lagi membabitkan penularan tempatan. 

Dua negeri mencatatkan kes tertinggi hari ini iaitu Sabah (660 kes) dan Selangor (407 kes). 

Pelaporan kes yang tinggi di Sabah berpunca daripada kluster berkaitan Pusat Tahanan Sementara (PTS), lokap dan penjara (250 kes). 

“Peningkatan kes di Selangor pula berpunca daripada Kluster Teratai (245 kes) dan sebuah kluster baharu hari ini iaitu Kluster Kapas BJ (55 kes). Kedua-dua kluster itu adalah kluster berkaitan tempat kerja membabitkan bukan warga negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 269 kes atau 20.9 peratus yang dilaporkan hari ini adalah berkaitan kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS), lokap dan penjara. 

“Ia membabitkan Kluster Penjara Sandakan (218 kes), Kluster Matambai (15 kes), Kluster Tembok (15 kes), Kluster Penjara Kepayan (sembilan kes), Kluster PTS Tawau (enam kes), Kluster Benteng PK (tiga kes), Kluster GK Tawau (dua kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (satu kes),” katanya. 

Beliau berkata, terdapat 110 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 37 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

“Sebanyak 878 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 38,132 kes atau 73.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 

“Terdapat empat kes kematian dilaporkan hari ini membabitkan tiga wanita serta seorang lelaki yang mempunyai latar belakang penyakit kronik berusia antara 29 hingga 62 tahun di Sabah, Johor serta Perak.

“Kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 326 kes atau 0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd