• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Disaran Laksana Moratorium Fasa Kedua

oleh
19/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang supaya melaksanakan moratorium secara pukal fasa kedua bagi membantu rakyat yang berhadapan dengan situasi sukar akibat pandemik Covid-19.

Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) berkata, ketika krisis kewangan 1997 dan 1998, kerajaan menyelamatkan bank dengan menggunakan wang cukai rakyat, antaranya dengan mengurangkan nisbah rizab berkanun daripada 13.5 peratus kepada 10 peratus yang membenarkan peningkatan mudah tunai bank berjumlah RM14 bilion.

“Hari ini, rakyat sedang susah, maka tiba masanya untuk bank pula membantu menyelamatkan rakyat.

“Selaras dengan slogan Perdana Menteri bahawa ‘tiada siapa yang tertinggal’, saya memohon kerajaan meluluskan moratorium secara pukal fasa kedua,” katanya ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, golongan B40 perlu mempunyai akses yang lebih kepada pinjaman kecil seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tekun.

Menurutnya, banyak agensi di Sabah juga memberi pinjaman perniagaan seperti Yayasan Usaha Maju (YUM), Sabah Credit Corporation, Borneo Housing Mortgage Finance Berhad, serta agensi Pemberi Pinjaman Berlesen.

“Semua ini mesti juga beri moratorium kepada semua peminjam. Moratorium bank termasuk agensi-agensi kerajaan pemberi pinjaman dan swasta juga harus memberi moratorium ini.

“Untuk memastikan tujuan ini dapat dilaksanakan secara holistik dan berkesan, saya meminta kerajaan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas atau Pasukan Bersepadu yang merentasi kementerian dan semua kerajaan negeri supaya semua agensi terbabit dapat dibawa bersama dalam memastikan objektif ini tercapai,” katanya. – myMetro Online

Tags: moratoriumpandemik COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Tiga Bank Setuju Beri Moratorium Kepada Mangsa Banjir – PM

Tiga Bank Setuju Beri Moratorium Kepada Mangsa Banjir – PM

07/03/2023
0

Kuala Lumpur : Tiga buah bank bersetuju untuk memberikan moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir di Johor. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd