• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,210 Kes Positif Covid-19, 5 Kematian, 1,018 Pulih

oleh
17/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 kekal empat angka selama dua hari berturut dengan 1,210 kes dilaporkan sehingga 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu menjadikan kes positif di Malaysia sebanyak 49,730 kes dan kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 12,788 kes.

Menurutnya, negeri di Lembah Klang seperti Selangor, Kuala Lumpur (KL) dan Putrajaya mencatatkan sebanyak 518 kes positif. 

“Daripada jumlah ini, sebanyak 435 kes adalah daripada kluster sedia ada dengan 206 kes bagi Kluster Tapak Bina Damanlela yang membabitkan warganegara asing di KL.

“Sebanyak 142 kes yang dilaporkan di Selangor pula adalah daripada Kluster Teratai yang membabitkan 131 bukan warganegara, manakala Sabah merekodkan 499 kes,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, Malaysia mencatatkan kes pulih Covid-19 sebanyak 1,018 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 36,624 kes.

Dalam pada itu, lima kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 318 kes.

“Kematian membabitkan tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 25 tahun hingga 80 tahun dengan empat daripadanya di Sabah dan seorang di Perak.

“Empat pesakit yang meninggal dunia ini menghidap pelbagai penyakit kronik antaranya darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, buah pinggang dan asma,” katanya. – myMetro Online

Tags: CPRCKKMpandemik COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd