• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Gesa KWSP Perluas Skim i-Sinar

oleh
17/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berterima kasih kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana mewujudkan skim i-Sinar untuk membenarkan pencarum mengeluarkan duit daripada Akaun 1.

Bagaimanapun, beliau meminta KWSP memperluaskan lagi skim i-Sinar itu kepada golongan yang pendapatan mereka telah turun mendadak akibat pandemik koronavirus (Covid-19) dengan membuka skim terbabit kepada sesiapa yang pendapatannya terjejas.

Menurutnya, ini kerana syarat kelayakan untuk skim itu hanya kepada mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau sudah tiada sumber pendapatan.

“KWSP menganggarkan hanya 2 juta ahli sahaja akan menerima manfaat daripada skim i-Sinar dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM14 bilion.

“Ini berbeza dengan anggaran saya di mana 4.7 juta ahli akan mengeluarkan jumlah sehingga maksima RM47 bilion,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, KWSP perlu faham bahawa ia tidak boleh hanya mensasarkan kepada pencarum yang hilang pekerjaan sahaja.

“Ini kerana, golongan paling besar yang terjejas adalah individu yang pendapatan bulanan mereka berkurangan akibat gaji dipotong, service points/komisien berkurangan serta jumlah hari bekerja atau kerja lebih masa dipotong.

“Ramai pekerja tidak boleh hidup dengan hanya bergantung kepada gaji asas sahaja. Pendapatan bulanan mereka turun tetapi komitmen dan tanggungan bulanan mereka tetap tinggi. Jadi golongan ini perlu diambil kira juga, jangan dicicirkan,” katanya.

MEF sambut baik langkah KWSP benar keluarkan akaun satu
Tambah beliau, KWSP tidak boleh terlalu bersyarat kerana tidak mahu skim i-Sinar menjadi skim i-Die bagi golongan yang tidak layak hanya sebab mereka tidak hilang kerja walaupun amat terdesak setelah pendapatan mereka terjejas akibat Covid-19.

“Biarkan lebih banyak dana mengalir ke kitaran wang ekonomi tempatan sebab bajet tahun 2021 hanya 2.5 peratus lebih tinggi berbanding bajet tahun 2019 yang tiada krisis Covid-19.

“Jangan sampai ramai yang sengaja berhenti kerja atau sengaja dibuang kerja sebab mereka mahu layak untuk memohon skim i-Sinar,” ujarnya. – Sinar Harian

Tags: i-SinarKWSPNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sekali lagi menggesa dividen Kumpulan Wang Simpanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd