• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Lulus Pelarasan Gred Pegawai Perubatan Kontrak

oleh
16/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan meluluskan pelarasan gred pegawai perubatan kontrak daripada gred UD41 kepada gred UD43.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kelulusan yang diputuskan pada Jumaat lalu sebagai menghargai perkhidmatan yang diberikan.

Menurutnya, ia juga membolehkan pegawai menerima emolumen yang setara dengan pegawai lantikan tetap.

“Pelarasan gred itu turut dipanjangkan kepada pegawai pergigian kontrak.

“Ini kerana pegawai perubatan dan pegawai pergigian lantikan kontrak turut memikul beban tugas yang setara dengan pegawai lantikan tetap yang dinaikkan pangkat ke gred 44 selepas memenuhi syarat kenaikan pangkat dan tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya dua tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kelulusan tersebut bersesuaian dengan pendekatan Malaysia Prihatin yang diamalkan oleh kerajaan pada masa ini dan selaras dengan prinsip upah mengikut kerja (rate for the job).

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas kelulusan ini.

“KKM menaruh keyakinan bahawa keputusan ini berupaya memberi impak positif ke arah memperkukuhkan keharmonian organisasi dan meningkatkan lagi motivasi pegawai dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya. – Sinar Harian

Tags: KKMpegawai pergigianpegawai perubatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd