• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Kelantan Lulus Kenaikan Gaji ADUN

oleh
09/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini, sebulat suara meluluskan rang undang-undang untuk meminda Enakmen (Saraan) Anggota-Anggota Pentadbiran dan Ahli-Ahli Dewan Negeri 1980, bagi membolehkan kenaikan dan penyelarasan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Cadangan pindaan tersebut dibaca Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan disokong oleh Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

“Pindaan ini dikemukakan berikutan faktor masa kini yang mencabar, kepada anggota-anggota pentadbiran dan ahli-ahli dewan negeri.

“Rang undang-undang ini juga sebagai satu penyelarasan elaun antara anggota-anggota pentadbiran dan ahli-ahli dewan negeri dengan negeri-negeri lain di Malaysia,” kata Mohd Amar ketika mengemukakan cadangan tersebut.

Katanya selain daripada itu tugas anggota-anggota pentadbiran dan ahli-ahli dewan negeri adalah semakin berat dan membawa harapan yang tinggi daripada rakyat, terutamanya berhadapan dengan suasana pandemic COVID-19.

Beliau berkata dengan itu kerajaan negeri mencadangkan pindaan dibuat ke atas enakmen tersebut seperti mana termaktub dalam senarai rang undang-undang yang dikemukakan.

“Adalah diharapkan cadangan yang dikemukakan ini akan mendorong anggota-anggota pentadbiran dan ahli-ahli dewan, untuk bekerja dengan lebih bertanggungjawab dan gigih dan membantu meningkatkan khidmat kepada orang ramai pada tahap yang maksimum,” katanya. – BERNAMA

Tags: ADUN Kelantankenaikan gaji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

05/01/2026
0

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan mereka, sebaliknya dibuat kerana ada keperluan selepas...

Kenaikan Gaji Selari Inisiatif Kesuma, Reformasi Pasaran Buruh Swasta

Kenaikan Gaji Selari Inisiatif Kesuma, Reformasi Pasaran Buruh Swasta

17/08/2024
0

GUA MUSANG - Pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan semalam selari dengan inisiatif Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dalam memperkukuhkan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd