• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Batalkan Pengiktirafan Baitulmaqdis Ibu Negara Israel

oleh
09/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAZA CITY – Ketua Hamas, Ismail Haniyeh menggesa presiden dipilih Joe Biden yang memenangi pilihan raya Amerika Syarikat (AS), menarik balik apa yang digelar oleh Presiden Donald Trump “deal of the century”, menurut Agensi Anadolu. 

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Haniyeh mahu pentadbiran Biden menghapuskan pengiktirafan AS terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan kedutaan berpindah ke bandar itu. 

Perjanjian yang diterajui Trump itu menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan mengiktiraf kedaulatan rejim zionis terhadap sebahagian besar wilayah yang diduduki di Tebing Barat.

Haniyeh mendesak Biden, “memperbaiki tindakan AS yang tidak adil terhadap rakyat (Palestin) yang bersekongkol dengan (Israel) untuk menindas dan menceroboh kedaulatan wilayah Palestin.”

Pemimpin Hamas itu menuntut pemerintahan AS yang baharu, menghormati kehendak rakyat Palestin dan pilihan demokratik mereka dan tidak terbabit dengan dasar yang bertujuan menindas. 

Hamas juga mahu AS tidak meneruskan usaha memulihkan hubungan diplomatik beberapa negara Arab dengan Israel yang dilaksana pentadbiran Trump sebelum ini.

Media utama AS membuat unjuran Biden, 77, memenangi pilihan raya presiden selepas menewaskan Trump. – BERNAMA

Tags: Amerika SyarikatBaitulmaqdisIsraelPalestin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd