• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedia Nasihat Agong Isytihar Darurat Batu Sapi, Sarawak

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedia mempertimbangkan keperluan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya diisytiharkan darurat bagi kawasan Parlimen Batu Sapi dan Sarawak berikutan pilihan raya yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa yang jelas untuk mengisytiharkan proklamasi darurat di seluruh negara atau mana-mana bahagian berdasarkan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Baru-baru ini, seperti yang semua rakyat Malaysia maklum, kerajaan memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong supaya menggunakan Perkara 150 ke seluruh negara disebabkan lebih 20 alasan yang diputuskan Kabinet. 

“Jika dirasakan perlu, kerajaan akan memikirkan (beri nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong), kalau tidak keseluruhan (negara), atau mana-mana bahagian (kawasan tertentu untuk dilaksanakan darurat). 

“Pokoknya, dari segi Perlembagaan, ia adalah dibolehkan,” katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) sama ada kerajaan bercadang menghadap Yang di-Pertuan Agong sekali lagi bagi mendapatkan perkenan isytihar darurat di kawasan tertentu bagi menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berikutan penularan COVID-19. 

Menjawab soalan asal Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang meminta kerajaan menyatakan kos disalurkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi PRN Sabah baru-baru ini, Takiyuddin berkata, ia membabitkan peruntukan sebanyak RM130 juta. 

“Kos bagi pelaksanaan PRN Sabah oleh SPR adalah berjumlah RM130 juta yang merangkumi perolehan pembelian dan sewaan peralatan pilihan raya, keperluan peralatan dan sistem komunikasi dan teknologi (ICT), logistik, elaun petugas pilihan raya serta keperluan lain yang berkaitan. 

“Perbelanjaan ini turut mengambil kira keperluan peralatan mengikut garis panduan pencegahan COVID-19,” katanya. – BH Online

Tags: daruratPRK Batu SapiPRN SarawakYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkannya bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd