• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sedia Kaji Saranan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

oleh
04/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju dan bersedia mengkaji saranan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Simpanan Wang pekerja (KWSP) bagi membantu rakyat yang berdepan kesusahan dan benar-benar perlu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perkara membabitkan KWSP sememangnya isu panas yang dibangkitkan pelbagai pihak dan kumpulan yang meminta kerajaan menimbangkan supaya pencarum KWSP boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1.

Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, beberapa hari lalu.

“Belanjawan 2021 nanti ada bantuan yang kerajaan akan sampaikan. Jika ia dianggap memadai, tidak perlu mengeluarkan simpanan Akaun 1.

“Kita akan teliti secara halus dan (melihat keadaan) kumpulan tertentu yang dianggap teruk terjejas, contohnya mereka yang dibuang kerja. 

“Kumpulan tersasar ini akan difikirkan… tunggulah pengumuman yang akan dibuat Menteri Kewangan nanti,” katanya pada Wawancara Bersama Perdana Menteri, hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan sebelum ini sudah melaksanakan kelonggaran berhubung simpanan dalam KSWP termasuk membenarkan caruman pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada 7 peratus selain i-Lestari yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun Dua sebanyak RM6,000 seorang. 

Beliau berkata, selepas kelonggaran itu diberikan, hampir 70 peratus daripada ahli KWSP memilih untuk mengurangkan caruman pekerja daripada 11 peratus kepada 7 peratus yang kini menyumbang kepada meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) membolehkan pencarum berbelanja, membabitkan jumlah hampir RM700 juta sebulan. 

Namun, beliau berkata, lebih daripada 30 peratus daripada ahli KWSP mempunyai simpanan KWSP kurang daripada RM5,000 dan dengan itu sekali gus ia tidak semestinya dapat menangani masalah aliran tunai pencarum terbabit. – BH Online

Tags: belanjawan 2021Kerajaan PNKWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd