• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKPB Di Seremban Bermula Khamis

oleh
03/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Daerah Seremban, Negeri Sembilan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 5 November hingga 18 November ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB itu dikenakan selepas sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi kes positif Covid-19 di daerah itu.

Menurutnya, pelaksanaan PKPB itu akan meliputi sembilan mukim iaitu Ampangan, Seremban, Bandar Seremban, Labu, Rantau, Rasah, Setul, Pantai dan Lenggeng.

Prosedur operasi standard (SOP) PKPB adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini di tempat perintah sama dikenakan.

Antara SOP, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan kecuali bagi kes kecemasan dan perlu mendapat kebenaran polis.

Bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran majikan, katanya dalam sidang media harian pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-231 dan hari ke-147 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

Mengulas lanjut SOP PKPB itu, katanya, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan. 

Menurutnya, selain itu individu berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

“Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz adalah ditutup.

“Aktiviti keagamaan di masjid dan surau seperti laungan azan, solat lima waktu dan solat Jumaat akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

“Semua aktiviti sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan. Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan,” katanya.

Namun, katanya, semua kegiatan ekonomi dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP ditetapkan.

Menurutnya, sebagai contoh restoran dan kedai makan dihadkan kepada dua hingga empat pelanggan semeja dengan SOP premis makanan ditetapkan.

Pembelian makanan juga digalakkan dibawa pulang, dinatar atau secara pandu lalu.

Sementara itu, pasar harian dibuka 6 pagi hingga 2 petang, pasar borong (4 pagi – 2 petang), pasar tani (6 pagi – 12 tengah hari) dan pasar malam bermula 4 petang sehingga 10 malam dengan pematuhan SOP yang ketat dan pengawasan anggota Rela, katanya.

Ismail Sabri berkata, operasi stesen minyak bermula 6 pagi hingga 10 malam kecuali di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam.

Beliau berkata, kenderaan membawa pekerja boleh beroperasi seperti ditetapkan sebelum ini.

“Waktu operasi klinik, hospital kerajaan dan swasta dibenarkan 24 jam manakala farmasi dan kedai ubat-ubatan mulai 8 pagi sehingga 11 malam.

“Maklumat lanjut SOP boleh rujuk dilaman sesawang MKN.

“Bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Lot 1/7A, 1/7B dan 7/F Putra Point Nilai kekal seperti mana sudah diumumkan sebelum ini,” katanya. – myMetro Online

Tags: perintah kawalan pergerakan bersyaratSeremban
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Istana Pahang Tarik Balik Darjah Kebesaran, Pingat Jika Pamer, Lekat Lambang Pada Kenderaan’

Kejohanan Olahraga MSSM Ke-63 Bermula Esok Di Seremban

14/10/2023
0

SEREMBAN: Seramai 1,900 orang atlet akan bersaing dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) kali ke-63 yang berlangsung di...

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

07/05/2023
0

SEREMBAN: Seramai 891 pemilik unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini yang sebelum ini membantah tindakan pemaju gagal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd