• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi 18, Daftar Pemilih Automatik Dilaksana Julai 2021

oleh
03/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dijangka dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada Julai tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, ketika mengumumkan perkembangan itu berkata kemas kini usaha pemerkasaan sistem demokrasi berkenaan dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

Katanya, SPR menjangkakan semua persiapan yang sedang diambil tindakan akan dapat disiapkan dalam tempoh 18 hingga 24 bulan dari tarikh kelulusan pindaan oleh Dewan Negara pada 25 Julai, tahun lalu.

“Sehubungan itu, jangkaan tarikh pelaksanaan adalah selewat-lewatnya pada Julai 2021,” katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) berhubung status pelaksanaan usia kelayakan mengundi 18 tahun dan daftar pemilih secara automatik. 

Takiyuddin berkata persiapan dilaksanakan SPR meliputi penyediaan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan. 

Selain itu, katanya, suruhanjaya berkenaan giat menyediakan prosedur operasi standard (SOP), sistem dan infrastruktur bagi pelaksanaan umur kelayakan mengundi 18 tahun serta daftar pemilih secara automatik. 

“Bagi maksud membantu SPR dalam menyediakan SOP daftar pemilih secara automatik, beberapa sesi libat urus bersama jabatan dan agensi kerajaan dijalankan. 

“Antaranya seperti Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Penjara Malaysia, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah, Kementerian Kesihatan (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

“SPR juga mengadakan beberapa sesi libat urus bersama parti politik dari blok kerajaan dan pembangkang, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masing-masing antara 3 Oktober hingga 3 Disember 2019. 

“Kerjasama sedang dijalin antara SPR dan JPN melalui Jawatankuasa Pasukan Petugas SPR dan JPN dalam persiapan melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik dan urusan lain yang berkaitan,” katanya. – BH Online

Tags: Daftar Pemilihpengundi 18 tahun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Pemilih PRN Johor Mula Dijual

22/02/2022
0

JOHOR BAHRU : Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah mula dijual di Ibu Pejabat...

Pendaftaran Automatik Undi18 Berkuatkuasa 15 Dis – SPR

02/12/2021
0

KUALA LUMPUR - Pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik telah diwartakan pada 1 Dis. Setiausaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd