• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Akan Bayar Dividen RM34 Bilion Kepada Kerajaan

oleh
03/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Petronas akan membayar dividen sebanyak RM34 bilion kepada kerajaan Persekutuan pada tahun ini, meskipun mencatatkan kerugian pada suku kedua tahun 2020, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata sejak penubuhannya pada tahun 1974, Petronas telah membayar RM488 bilion kepada kerajaan dalam bentuk dividen.

“Pada 2019, jumlah dividen yang dibayar oleh Petronas adalah sebanyak RM54 bilion, termasuk dividen khas sebanyak RM30 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam. 

Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang ingin tahu sama ada Petronas akan tetap memberi dividen kepada kerajaan pada tahun ini setelah mencatatkan kerugian RM21 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun 2020.

Pang turut ingin tahu mengenai impak kerugian tersebut dan implikasi kepada ekonomi negara secara amnya serta pelan ekonomi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) secara khususnya.

Mustapa berkata RMK-12 yang pada awalnya dijadual dibentangkan pada 6 Ogos 2020 di Dewan Rakyat telah ditangguhkan kepada awal tahun depan bagi membolehkan kerajaan mengambil kira perubahan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.

“Memandangkan COVID-19 telah memberi impak yang ketara kepada ekonomi dunia termasuk Malaysia, maka analisis ekonomi yang diguna pakai ketika penyediaan dasar, strategi dan inisiatif RMK-12 perlu disemak semula terutamanya unjuran pertumbuhan ekonomi negara.

“Selain itu, penangguhan ini dibuat bagi membolehkan lebih banyak sesi libat urus bersama semua pihak berkepentingan diadakan, termasuk kementerian dan agensi, kerajaan negeri serta pakar ekonomi,” katanya.

Katanya langkah ini untuk memastikan inisiatif yang dirangka di bawah RMK-12 sejajar dengan aspirasi dan dasar semasa yang menjadi tunjang kepada kerajaan selain memastikan perancangan RMK-12 dibuat berdasarkan anggaran kedudukan ekonomi dan fiskal yang lebih realistik. – BERNAMA

Tags: dividen petronasMustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd