• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi Negara Dijangka Berkembang Tahun Depan

oleh
02/11/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesan pandemik COVID-19 kepada ekonomi negara hanya bersifat sementara dan ekonomi negara dijangka kembali berkembang tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata jangkaan itu berdasarkan beberapa petunjuk ekonomi yang mencatatkan prestasi lebih baik dalam tempoh Julai hingga September.

Katanya, dalam tempoh itu jumlah eksport meningkat sebanyak 13.6 peratus manakala jualan borong dan runcit meningkat 2.5 peratus.

“Jualan kenderaan penumpang pula bagi tempoh Julai hingga September juga meningkat 8 peratus dan pasaran buruh kekal dengan kadar pengangguran sebanyak 4.7 peratus,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BERSATU – Sabak Bernam) yang ingin mengetahui impak ekonomi daripada pandemik COVID-19 khususnya kepada individu, isi rumah dan syarikat perniagaan serta pelbagai sektor ekonomi negara keseluruhannya serta nyatakan dasar, mekanisme dan langkah untuk memacu ekonomi ke arah berdaya tahan dan mapan.

Mustapa menjelaskan dengan mengambil kira kedudukan ekonomi terkini, ekonomi negara dijangka menguncup 5.5 hingga 3.5 peratus tahun ini. 

Katanya, ekonomi dijangka berkembang semula tahun depan pada kadar 5.5 hingga 8 peratus.

Bagaimanapun, beliau berkata dengan peningkatan semula gelombang ketiga kes COVID-19 sebulan lalu menyebabkan beberapa negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mungkin menjejaskan prestasi ekonomi bagi Oktober hingga November. – BH Online

Tags: Ekonomi MalaysiaMustapa Mohamedpandemik COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ekonomi Malaysia Kembali Stabil Pada 2022 – Pakar Ekonomi

28/12/2021
0

KUALA LUMPUR : Di sebalik kelemahan ekonomi global dan bazooka dalam pasaran ekuiti dan bon, ekonomi Malaysia diyakini mampu tampil...

BNM: Ekonomi M’sia Menguncup 4.5% Pada Suku Ketiga 2021

12/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 4.5 peratus pada suku ketiga 2021 berbanding dengan pertumbuhan 16.1 peratus yang dicatatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd