• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pertimbang Beri Permit Kerja Sementara PATI

oleh
30/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedang mempertimbang untuk memberi permit kerja sementara kepada pekerja asing tanpa izin yang berada di negara ini bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja asing dalam industri kelapa sawit dan getah.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berusaha mencari jalan mengatasi masalah kekurangan pekerja asing dalam industri tersebut terutama selepas pintu sempadan negara ditutup dalam usaha mengawal penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, pertimbangan itu untuk tempoh bekerja satu atau dua tahun sahaja, katanya ketika Sesi Sembang Santai bersama masyarakat Cina dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pagoh di sini hari ini.

“Beri dia lesen atau permit kerja sementara, macam bagi pengampunan atau kita gunakan istilah pemutihan. Ini sedang kita fikirkan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, demikian semasa menjawab soalan Pengerusi Persatuan Tiong Hua Bukit Pasir, Er Yu Peng mengenai usaha kerajaan membantu penduduk yang terlibat dalam sektor sawit di Pagoh yang kini berdepan masalah kekurangan pekerja ekoran pandemik Covid-19.

Katanya, langkah itu akan dijelaskan dengan lebih lanjut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah kelak untuk mengelakkan ia disalah faham.

“Kerana saya takut, kalau saya kata boleh, lain kali sindiket-sindiket haram akan bawa orang (pekerja asing tanpa izin) ini masuk sini kerana dia (sindiket) kata ini tidak apa, orang Malaysia baik, Perdana Menteri dia orang baik.

“You (pekerja asing tanpa izin) duduk satu tahun sudah ada pas (sudah boleh dapat) permit untuk kerja. Itu (tanggapan begini) salah,” katanya.

Muhyiddin berkata, beliau sedar isu ketiadaan pekerja dalam sektor sawit dan getah menjejaskan banyak pihak kerana sering diutarakan dalam pertemuan beliau bersama penduduk setempat termasuk persatuan-persatuan masyarakat.

“Sebab itu, nanti kita tengok macam mana keadaan. Kalau boleh, kita cuba laksanakan,” katanya.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan bernilai RM5,000 kepada setiap empat NGO kawasan Parlimen Pagoh.

Empat NGO itu ialah Rumah Berhala Poh Hoon Kong Tanjung Selabu, Pertubuhan Penganut Dewa Seong Tay Kong, Persatuan Penganut Dewa Hua Kuang dan Jawatankuasa Pengurusan Perkuburan Kong Hock Tong. – BERNAMA

Tags: Pendatang Asing Tanpa IzinPermit Kerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guna Bas Persiaran Seludup 31 Pati

12/03/2021
0

KOTA BHARU - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kelantan menahan 31 pendatang tanpa izin (Pati) yang diseludup menggunakan bas persiaran...

Kem PLKN Jadi Pusat Tahanan Sementara Pati

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 61 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Kem Wawasan akan dijadikan Pusat Tahanan dan Kuarantin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd