• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

801 Kes Baharu Covid-19, 8 Kematian, 573 Pulih

oleh
28/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini kekal tiga angka apabila mencatatkan 801 kes, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 29,441 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 801 kes baharu itu, 799 membabitkan warga tempatan manakala dua lagi kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu satu kes dari Iran dan satu kes dari Arab Saudi.

Beliau berkata, daripada kes jangkitan tempatan itu, itu, Sabah kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu 546 kes.

“Negeri lain iaitu Selangor (88 kes), Wilayah Persekutuan Labuan (29 kes), Kedah (28 kes), Sarawak (27 kes), Negeri Sembilan (24 kes) dan Pulau Pinang mencatatkan 19 kes baharu.

“Selain itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (13 kes), Terengganu (11 kes), Johor (lapan kes) dan Perak sebanyak enam kes.

“Ia menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan ketika ini adalah 10,123 kes dan mereka sudah diasingkan serta dirawat di hospital,” katanya pada sidang media harian Covid-19, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 573 kes pulih Covid-19 dicatatkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 19,072 kes atau 64.8 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Menurutnya, sehingga kini, terdapat 94 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan 25 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, terdapat pertambahan lapan kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia mencecah 246 kes atau 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd