• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langgar Kuarantin: MB Selangor Ambil Tindakan Mahkamah

oleh
28/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersedia untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap mereka yang membuat laporan berhubung dakwaan beliau melanggar arahan kuarantin kendiri selepas pulang dari Sabah.

Amirudin berkata, perkara itu bukan sahaja menyusahkan pihak berkuasa malah menyebabkan beberapa pihak salah sangka terhadap beliau.

Menurutnya, pegawai beliau turut dihubungi pihak berkuasa mengenai perkara tersebut.

“Ramai orang tersilap dalam hal ini, jadi saya akan ambil tindakan mahkamah terhadap mereka yang membuat laporan terbabit kerana mereka bukan sahaja menyusahkan polis malah menyebabkan berlakunya salah sangka apabila saya turut dikatakan memakai gelang pink dan sebagainya.

“Sebelum ini, saya sudah kemukakan mengapa dan apa yang berlaku sebenarnya. Malah pegawai saya juga telah pun dihubungi pihak polis dan saya akan memberikan bekerjasama berhubung perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Ringkas Penyerahan Sumbangan Kelengkapan PPE kepada Jabatan Penjara Malaysia Negeri Selangor serta Jet Ski dan Basikal Elektrik kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh kerajaan Selangor di Foyer Bangunan SUK, Shah Alam hari ini.

Terdahulu, polis akan memanggil Amirudin ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat bagi memberi keterangan berhubung dakwaan melanggar arahan kuarantin kendiri selepas pulang dari Sabah.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan sedang dijalankan susulan satu kenyataan dimuat naik berhubung Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu yang didakwa ingkar kuarantin pada 5 Oktober lepas.

“Beliau akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan dan beberapa saksi lain juga akan dipanggil,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Amirudin Sharilanggar kuarantin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRK: Keluar Mengundi, Jangan Jadi Macam Selangor – Amirudin

PRK: Keluar Mengundi, Jangan Jadi Macam Selangor – Amirudin

03/09/2023
0

Johor Bahru : Pengundi di Parlimen Pulai diingatkan untuk mengambil pengajaran yang berlaku di Selangor apabila kehilangan majoriti dua pertiga...

MB Selangor Saman MB Kedah

MB Selangor Saman MB Kedah

04/08/2023
0

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan memfailkan saman terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd