• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

835 Kes Baharu Covid-19, 2 Kematian Hari Ini

oleh
27/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini menurun kepada tiga angka apabila mencatatkan 835 kes, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 28,640.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 830 kes baharu itu membabitkan warga tempatan manakala lima lagi kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu dua kes dari India, satu kes dari Indonesia, Thailand (1 kes) dan Bulgaria (1 kes).

Beliau berkata, daripada jumlah itu, Sabah kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu 410 kes dengan 44 kluster masih aktif.

“Negeri lain iaitu Negeri Sembilan mencatatkan 155 kes, Selangor (125 kes), Pulau Pinang mencatatkan 13 kes baharu, Wilayah Persekutuan Labuan (74 kes), Sarawak (16 kes) dan , Johor (lapan kes).

“Selain itu, Perak (11 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (sembilan kes), Kedah (empat kes) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (satu kes).

“Ia menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan ketika ini adalah 9,903 kes dan mereka sudah diasingkan serta dirawat di hospital,” katanya pada sidang media harian Covid-19, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 674 kes pulih Covid-19 dicatatkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 18,469 kes atau 64.6 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Menurutnya, sehingga kini, terdapat 89 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, terdapat pertambahan dua kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia mencecah 238 kes atau 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd