• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertikai Data Harian Covid-19 Adalah Perbuatan Jahat

oleh
27/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung tindakan pihak tertentu yang mempersoal kesahihan data rasmi berkaitan Covid-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan sentiasa memastikan data yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setiap hari adalah sahih.

“Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) hari ini memandang berat percubaan pihak tertentu yang mempersoal kesahihan data rasmi berkenaan.

“Percubaan ini adalah perbuatan jahat untuk sengaja menimbulkan kekeliruan dan mencetuskan ketidakyakinan terhadap usaha kerajaan menangani pandemik Covid-19,” katanya pada kenyataan hari ini.

Saifuddin berkata, SKMM dan PDRM sedang menyiasat kes itu, malah tindakan akan diambil ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau memberi jaminan bahawa data daripada KKM yang disiar oleh saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama adalah sahih.

“Saya menasihati rakyat sentiasa menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita daripada sumber rasmi atau dipercayai dan berhati-hati sebelum menyebarkan kandungan yang diragui kesahihannya,” katanya.

Sebarang keraguan maklumat boleh dirujuk di www.sebenarnya.my atau menyalurkannya kepada Pasukan Respon Pantas di talian 03-89115103. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMPDRMSKMM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd