• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hajiji Angkat Sumpah Sebagai ADUN

oleh
27/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Majlis angkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya itu berlangsung pada pukul 11.20 pagi tadi.

Hajiji yang juga ADUN Sulaman mengangkat sumpah hari ini selepas tidak dapat hadir dalam majlis sama yang diadakan pada 9 Okt lalu kerana sedang menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu setelah terdedah kepada individu didapati positif COVID-19.

Turut mengangkat sumpah hari ini ialah ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong; serta dua lagi ADUN Dilantik iaitu Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Amisah Yassin.

Bagaimanapun, ADUN Bugaya Manis Buka Mohd Darah tidak dapat hadir kerana masih menjalani tempoh kuarantin di hospital.

Sebelum ini, seramai 70 ADUN dan empat ADUN Dilantik mengangkat sumpah.

DUN Sabah mempunyai 73 ADUN dipilih dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September lepas, dan enam ADUN Dilantik. – BERNAMA

Tags: ADUN SabahDatuk Hajiji Noor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Rakam Keterangan Lima ADUN Sabah

SPRM Rakam Keterangan Lima ADUN Sabah

17/11/2024
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam keterangan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah susulan dakwaan skandal...

Hajiji Pengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri Pertama

01/10/2020
0

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Jemaah Menteri kerajaan Gabungan Rakyat Sabah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd