• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GPS Minta Semua Akur Titah Agong

oleh
27/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) meminta semua pihak akur dengan titah dan nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar menghentikan semua tindak-tanduk politik yang boleh menggugat kestabilan pemerintahan negara.

Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata titah baginda selari dengan prinsip gabungan itu yang konsisten mahu semua pihak menghentikan permainan politik dan fokus kepada usaha menangani COVID-19 serta pemulihan ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik berkenaan.

“GPS berharap semua pihak akur akan titah dan nasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang sentiasa mengutamakan rakyat dan negara, di samping memperakui Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, gabungan itu menjunjung kasih titah Al Sultan Abdullah dan kebijaksanaan Raja-Raja Melayu yang telah bersidang Ahad lalu, sebelum mengambil keputusan untuk tidak mengisytiharkan darurat di negara ini.

Katanya, Al Sultan Abdullah juga turut menyatakan keyakinannya dengan keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak COVID-19 daripada terus merebak.

Fadillah yang juga Menteri Kanan Infrastruktur merangkap Menteri Kerja Raya dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata rakyat seharusnya menjadi keutamaan oleh semua ahli-ahi politik dalam apa jua keadaan terutama dalam berdepan cabaran penularan COVID-19 ketika ini.

“GPS menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan betapa pentingnya Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen akan datang ini, dalam menangani wabak COVID-19,” katanya.

Selain PBB, GPS yang ditubuhkan pada 2018 sebagai gabungan empat parti tempatan Sarawak yang turut melibatkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang membentuk kerajaan negeri itu. – BERNAMA

Tags: gabungan parti sarawakYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd