• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

823 Kes Baharu Covid-19, 8 Kematian Hari Ini

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini mencatatkan penurunan berbanding semalam dengan kembali kepada tiga angka iaitu 823 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Sabah masih mencatatkan kes terbanyak dengan 533 kes.

Bagaimanapun, menurutnya, ia menunjukkan penurunan sebanyak 356 kes (40 peratus) berbanding jumlah yang dilaporkan di negeri itu semalam. 

Katanya, penurunan itu berlaku berikutan jumlah kes baharu yang dicatatkan di Penjara Kepayan, Kota Kinabalu menurun daripada 434 kes baharu semalam kepada 67 kes hari ini.

“Ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 26,565 kes dengan kes aktif dengan kebolehjangkitan ketika ini adalah 9,202 kes.

“Negeri lain iaitu Pulau Pinang mencatatkan 97 kes baharu, Selangor (88 kes), Wilayah Persekutuan Labuan (26 kes), Negeri Sembilan (22 kes), Sarawak (16 kes), Johor (15 kes) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (10 kes).

“Selain itu, Terengganu turut mencatatkan tujuh kes baharu) diikuti Perak (6), Kedah (1), Kelantan (1) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1),” katanya.

Menurutnya, bilangan kes pulih Covid-19 hari ini pula mencatatkan sebanyak 579 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah 17,134 kes atau 64.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata, terdapat juga pertambahan lapan kes kematian berkaitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia mencecah sebanyak 229 kes atau 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 99 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan 30 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.