• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Terima Vaksin Covid-19 Suku Pertama 2021

oleh
24/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia dijangka mula memperoleh bekalan vaksin koronavirus (Covid-19) pada suku pertama tahun depan.

Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan bersama hari ini, keutamaan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan meliputi sektor kesihatan dan keselamatan seperti doktor, jururawat, polis serta petugas penjara dan imigresen.

“Setakat ini, KKM telah berhubung dengan lapan calon vaksin yang kini berada di peringkat ujian klinikal fasa tiga,” menurut kenyataan dikeluarkan susulan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) semalam.

MOSTI dan KKM berkata, kerajaan juga sedang memuktamadkan rundingan dengan COVAX, satu inisiatif antarabangsa dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan-rakannya untuk memastikan akses vaksin Covid-19, yang mempunyai sembilan calon vaksin Covid-19 di bawah Global Alliance for Vaccine and Immunisation (GAVI).

“Kerajaan akan menyediakan peruntukan kewangan bagi tujuan pembelian vaksin melalui Tabung Covid-19 Kementerian Kewangan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan berkenaan, mesyuarat JKJAV yang dipengerusikan secara bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin turut bersetuju membentuk empat jawatankuasa kecil merentasi pelbagai kementerian dan agensi mengikut tugas tertentu.

Jawatankuasa tersebut adalah Polisi Vaksinasi Kebangsaan dan Pemilihan Calon Vaksin Yang Sesuai; Pendaftaran, Logistik dan Pembangunan Vaksin; Kewangan dan Perolehan; dan Komunikasi.

“Kerajaan komited untuk mendapatkan keputusan segera bagi perolehan vaksin Covid-19 bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam mendapatkan bekalan vaksin yang diluluskan dan terbukti selamat kelak,” katanya.

JKJAV ditubuhkan bagi memastikan bekalan vaksin Covid-19 diperoleh segera dengan MOSTI dan KKM bertindak sebagai jawatankuasa induk dalam merancang, melaksana dan memantau keseluruhan strategi untuk pembekalan vaksin Covid-19 sehingga pelaksanaan program imunisasi dijalankan. – BERNAMA

Tags: koronavirusvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd