• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

710 Kes Baharu Covid-19, 10 Kematian Hari Ini

oleh
23/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah positif Covid-19 di Malaysia menunjukkan penurunan dengan 710 kes baharu dicatatkan hari ini.

Bagaimanapun, jumlah kematian meningkat kepada 10 orang setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini jumlah kumulatif kematian di Malaysia adalah 214 kes.

Menurutnya, lapan kematian direkodkan di Sabah membabitkan enam lelaki dan dua wanita masing-masing berusia 33 hingga 77 tahun.

“Dua lagi kematian direkodkan di Kedah dan Labuan iaitu seorang lelaki berusia 67 tahun dan wanita berusia 58 tahun.

“Lapan daripada pesakit yang meninggal dunia mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, obesiti dan buah pinggang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 467 kes pulih Covid-19 direkodkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 15, 884 kes.

Beliau berkata, Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 528 kes dan usaha pengesanan kes secara aktif giat dijalankan.

“Mobilisasi petugas kesihatan membantu usaha saringan di lapangan dan juga rawatan perubatan manakala aspek logistik dan penghantaran sampel juga ditambah baik dan membantu usaha menjalankan ujian saringan lebih cepat.

“Sehingga kini, terdapat 90 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 28 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd