• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Ambil Alih Pentadbiran Kerajaan Jika Darurat Politik

oleh
23/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan darurat politik di negara ini memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah untuk meneruskan jentera pentadbiran kerajaan.

Baginda akan mendapatkan nasihat daripada Perdana Menteri sama ada Kabinet sedia ada dikekalkan, ditukar atau pelantikan baharu dan keputusan akan dibuat mengikut kesesuaian pada hemat Seri Paduka.

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, keadaan itu boleh berlaku apatah lagi dalam keadaan kerajaan mungkin meramalkan kesukaran untuk dapatkan kelulusan belanjawan yang dibentangkan di parlimen pada 6 November ini.

“Ia akan beri kesan kepada kestabilan kerajaan kerana kerajaan dikatakan ada 113 undi. Kalau ada dua atau tiga orang ahli parlimen yang tidak sokong, maka bajet tidak dapat diluluskan.

“Jika itu berlaku, ia akan menimbulkan suasana yang tidak stabil bahawa kerajaan tak dapat sokongan majoriti,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, darurat boleh berlaku dengan tiga keadaan iaitu keselamatan dan keamanan awam, ketenteraman awam dan kesejahteraan ekonomi.

“Kalau ada elemen yang mendatangkan kemudaratan kepada aspek ini, keperluan kepada perlunya darurat mungkin timbul.

“Kabinet boleh mengesyorkan saja manakala proklamasi darurat akan dibuat Seri Paduka mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Menurutnya, persepsi mengatakan darurat akan menyebabkan pentadbiran diambil alih tentera perlu diperbetulkan kerana jentera kerajaan akan berjalan seperti biasa.

“Kita bukannya ada isu keselamatan dan ekonomi, ia cuma isu politik. Jadi pentadbiran akan berjalan seperti biasa dengan diketuai Seri Paduka yang mendapat nasihat daripada Kabinet.

“Sidang parlimen masih boleh berjalan seperti biasa, malah belanjawan juga boleh diteruskan. Atau yang kedua, Seri Paduka boleh menangguhkan sidang parlimen, namun perlu ada mekanisme lain untuk meluluskan belanjawan negara,” katanya. – myMetro Online

Tags: daruratpolitikYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berhenti Guna Isu Minyak ‘Gula-Gulakan’ Rakyat, Zaman Malaysia ‘Kaya’ Hasil Minyak Sudah Berlalu

Berhenti Guna Isu Minyak ‘Gula-Gulakan’ Rakyat, Zaman Malaysia ‘Kaya’ Hasil Minyak Sudah Berlalu

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Generasi hari ini diminta supaya memahami dan bersedia menghadapi realiti baharu bahawa zaman Malaysia 'kaya' dengan hasil...

Agong Menerima Mengadap Mufti Johor

Agong Menerima Mengadap Mufti Johor

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad. Menurut Laman Facebook Sultan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd