• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Spekulasi Darurat: Muhyiddin Menghadap Agong

oleh
23/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tatkala desas-desus pelaksanaan darurat akan dilaksanakan kerajaan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan, Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sumber mengesahkan kepada Sinar Harian sesi menghadap itu diadakan di Istana di Pahang.

“Iya. Perdana Menteri datang ke Pahang,” katanya.

Al-Sultan Abdullah kini berada di Kuantan, Pahang dan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Imam Ash-Shafie KotaSAS.

Terdahulu, spekulasi mengenai untuk pengisytiharan darurat bagi menangani pandemik Covid-19 kian memuncak selepas Mesyuarat Khas Kabinet diadakan hari ini.

Ia difahamkan antara inti pati yang dibincangkan dalam mesyuarat khas kabinet pagi tadi.

Meskipun menteri yang ditemui selepas mesyuarat tersebut enggan membuka mulut, portal berita melaporkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Muhyiddin Yassin itu bersetuju membuat proklamasi atau pengisytiharan darurat untuk menangani wabak pandemik Covid-19.

Pada 18 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan jangkitan baharu Covid-19 akan mencecah 1,300 menjelang hujung bulan ini.

Unjuran terdahulu ia berdasarkan nilai R0 atau kebolehjangkitan semasa yang berada pada kadar 1.5, susulan peningkatan kes baharu wabak terbabit ketika ini. – Sinar Harian

Tags: Covid-19daruratMuhyiddin YassinYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Jalani Rawatan Susulan, Tidak Berangkat ke Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan

Agong Jalani Rawatan Susulan, Tidak Berangkat ke Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan

31/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim akan menjalani rawatan susulan kesakitan musculoskeletal (melibatkan otot dan tulang) di bahagian...

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

28/07/2026
0

ALAM - "Semalam (kelmarin) dia 'claim credit' 'seolah-olah dia seorang sahaja yang telah mengembalikan F1" Demikian sindiran Ahli Jawatankuasa Pemuda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd