• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FDA AS Lulus Remdesivir Untuk Rawatan Covid-19

oleh
23/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat pada Khamis meluluskan Remdesivir keluaran Gilead Sciences untuk merawat mereka yang dijangkiti koronavirus (Covid-19), lapor Anadolu Agency.

Ubat itu, rawatan pertama untuk Covid-19 yang mendapat persetujuan FDA, digunakan Presiden Donald Trump selepas dijangkiti Covid-19 awal bulan ini dan sering disebut Trump ketika bertemu masyarakat dan berkempen.

FDA pada Mei memberi Remdesivir kebenaran sebagai penggunaan kecemasan untuk rawatan Covid-19, dan kemudian diletakkan dalam senarai keutamaan untuk kelulusan penuh.

Gilead berkata, sebaik sahaja Remdesivir diberi kelulusan penuh, ubat tersebut “menjadi tulang belakang kombinasi terapi antivirus” yang dikaji Institut Kesihatan Nasional.

“Di luar percubaan kombinasi, kami terus mengkaji Veklury (Remdesivir) pada populasi tertentu, termasuk pesakit pediatrik, dan juga untuk pesakit luar, dan kami menjangkakan dapat berkongsi data mengenai percubaan ini pada separuh pertama tahun depan,” kata Dr Merdad Parsey, Ketua Pegawai Perubatan syarikat itu dalam satu kenyataan.

Ubat ini akan digunakan untuk pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di hospital dan diberikan secara suntikan.

Sementara Remdesivir diluluskan untuk pesakit berusia 12 tahun ke atas, Gilead mengatakan FDA telah mengeluarkan kebenaran penggunaan kecemasan sementara bagi merawat individu lebih muda dengan berat lebih 7.7 paun (3.5 kg).

Perkembangan itu dibuat ketika Moderna mengumumkan pada Khamis sebelumnya ia telah mendaftarkan 30,000 individu dalam percubaan vaksin Covid-19 fasa tiga, memenuhi metriknya untuk pendaftaran penuh dengan lebih satu pertiga peserta adalah kumpulan minoriti.

Kira-kira satu daripada lima yang terlibat adalah etnik Sepanyol dan Latin, dan kira-kira 10 peratus adalah kulit hitam.

“Melengkapkan pendaftaran kajian Fasa 3 Cove adalah tonggak penting bagi perkembangan klinikal mRNA-1273, vaksin percubaan kami terhadap Covid-19,” kata Stephane Bancel, Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, dalam satu kenyataan. – BERNAMA

Tags: Amerika SyarikatCovid-19remdesivir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd