• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Setiausaha Politik Mat Sabu Didakwa Lagi

oleh
23/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu didakwa sekali lagi, di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM130,000 daripada sebuah syarikat kontraktor, tahun lalu.

Mohd Azhar Che Mat Dali, 49, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Azhar didakwa menerima suapan berjumlah RM50,000 daripada Pengarah Urusan Aqsa Solution Sdn Bhd, Elias Jemadi Tajudin, sebagai upah membantu syarikat FEHM Entity Sdn Bhd untuk dipilih menjadi Rakan Strategik dan Kontraktor Selenggara bagi peralatan perisikan Sistem Prisma Direktorat Peperangan Informasi (DPI) Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Kementerian Pertahanan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di dalam kereta Proton rasmi berwarna kelabu miliknya di Lorong VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada Ogos tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Azhar didakwa menerima suapan berjumlah RM80,000 daripada Elias Jemadi yang juga adalah Pengarah Urusan FEHM Entity melalui Pengarah Syarikat Ikaira Resources, Zainudin Abdul Majid bagi tujuan sama.

Bagi tuduhan itu, dia didakwa melakukan perbuatan berkenaan di Kota Damansara Driving Range, Petaling Jaya, dekat sini pada penghujung tahun lalu.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mahadi Abdul Jumaat menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM Putrajaya pada setiap minggu pertama bermula bulan depan.

Bagaimanapun, peguam Ariff Azami Hussein, yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan jaminan minimum atas alasan anak guamnya tidak bekerja sejak hujung Februari lalu dan menanggung isteri, tujuh anak termasuk dua masih bersekolah serta ibu mentua.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Putrajaya pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 27 November ini untuk pengurusan kes.

Pada 15 Oktober lalu, Mohd Azhar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas lima pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.35 juta. – BERNAMA

Tags: Mohamad SaburasuahSetiausaha Politik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd