• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Individu Ditahan Kes Pencemaran Bau Sungai Selangor

oleh
21/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menahan lapan individu dipercayai terlibat dengan kes pencemaran bau di Sungai Selangor sehingga menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, berdasarkan siasatan awal, pencemaran bau itu dikesan berakhir di alur Sungai Gong, Rawang dan disyaki bermula dari sebuah premis membaiki serta menjual jentera pembinaan.

Susulan itu, beliau berkata, pihaknya menahan dua individu masing-masing berusia 62 serta 31 tahun dan merupakan pengarah syarikat berkenaan di sekitar Rawang jam 11.30 pagi tadi.

“Turut ditahan ialah enam orang pekerja di syarikat terbabit terdiri daripada warga tempatan dan asing menerusi tangkapan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isnin lalu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di tujuh daerah di negeri ini berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi.

Pencemaran tersebut menyebabkan penutupan empat loji iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang.

Dalam pada itu, Fadzil berkata, semua suspek berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Selayang esok bagi permohonan reman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: pencemaran bausungai selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pencemaran Bau Kimia: SK Kampung Maju Jaya Ditutup

Pencemaran Bau Kimia: SK Kampung Maju Jaya Ditutup

09/09/2024
0

JOHOR BAHRU - Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya ditutup pada Isnin selepas terdedah dengan pencemaran bau kimia. IKUTI CHANNEL...

Gangguan Air Di Selangor, Putrajaya Pulih Sepenuhnya Jumaat Ini

01/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekalan air bersih dan selamat sudah mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna di kesemua kawasan yang terjejas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd