• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Kehakiman AS Saman Google

oleh
21/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman antipesaingan terhadap Google kerana secara tidak sah ‘mengekalkan monopoli dalam perkhidmatan pasaran carian dan carian iklan’ pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

Saman terhadap syarikat yang beribu pejabat di California itu difailkan di Mahkamah Daerah Columbia. Seramai tujuh pendakwa raya negeri menyertai jabatan itu sebagai plaintif kes berkenaan.

Sebagai sebuah syarikat terkaya di planet ini dengan nilai pasaran sebanyak US$1 trilion, Google dimiliki Alphabet Inc, menjadi pengawal gerbang monopoli kepada internet untuk berbilion pengguna dan terlalu banyak pengiklan seluruh dunia, menurut jabatan itu.

Sejak bertahun-tahun, Google menguasai hampir 90 peratus carian di Amerika dan ‘menggunakan taktik antipersaingan untuk mengekal dan mengukuhkan monopolinya dalam aplikasi carian dan carian iklan’.

Pengadu mendakwa Google secara tidak sah mengekalkan monopoli dalam aplikasi carian dan carian iklan dengan menandatangani perjanjian eksklusif melarang penyediaan perkhidmatan carian sudah sedia dimuat turun lain dan membuat perjanjian jangka panjang dengan Apple supaya menjadikan Google sebagai aplikasi asal.

Menurut jabatan itu, gergasi teknologi itu menggunakan keuntungan hasil monopoli untuk membeli perkakasan lain bagi peranti enjin carian pada peranti, pelayar laman web dan akses carian lain, ‘mewujudkan kitaran monopoli kendiri dan berterusan’.

“Hari ini, jutaan warga Amerika bergantung kepada Internet dan pentas dalam talian untuk urusan kehidupan seharian. Persaingan dalam industri ini amat penting dan mengapa saman terhadap Google – pengawal gedung internet – hari ini amat penting kerana melanggar undang-undang antipersaingan, kes amat penting buat Jabatan Kehakiman dan rakyat Amerika,” kata Peguam Negara, William Barr.

Sementara itu, jurucakap Google yang dipetik CNBC berkata, saman itu ‘amat cacat’ dan berhujah, orang ramai menggunakan Google sebab mereka yang memilih, bukan disebabkan mereka dipaksa atau disebabkan mereka tiada pilihan lain. – BERNAMA

Tags: Amerika Syarikatgoogle
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd