• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu ‘Roti Jala’ Melarat, Dr MAZA Kecewa Dicabar Di Media

oleh Ahmad Albab
08/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

KONTROVERSI membabitkan dua figura yang disegani dalam hal ehwal Islam iaitu Datuk Mohd Kazim Elias dan Datuk Dr. Asri Zainul Abidin nampaknya makin berlanjutan.

Puncanya, apabila sepucuk surat dari Jabatan Mufti Perlis kepada istana menyatakan tidak setuju jika Ustaz Kazim Elias menjadi salah seorang panel dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam, dibocorkan pihak tertentu lalu bertebaran di media sosial.

BACA INI: Polemik Dr. Asri, Ustaz Kazim Makin ‘Panas’

Sebagaimana dijelaskan sebelum ini, Dr. MAZA menyatakan surat itu adalah sulit namun apabila ia tersebar, beliau terpaksa memberi penjelasan.

Memandangkan penjelasan ringkas sebelum ini berkenaan ‘roti jala’ tidak berupaya mendiamkan isu berkenaan, Dr MAZA kemudiannya berjanji akan memberi penjelasan lebih terperinci di Facebook beliau dan nampaknya, inilah yang berlaku hari ini, menerusi status di bawah.

Untitled.jpg 1

Melalui akaun Facebook rasminya, tulis beliau, surat tersebut tidak bertujuan untuk memalukan Ustaz Kazim.

Sebaliknya, adalah hak Jabatan Mufti untuk menentukan panel forum berkenaan kerana ia bakal dihadiri pihak Istana dan Mufti Negeri.

“Tiada siapa ingin memalukan sesiapa tapi ia adalah hak penganjur menentukan pemilihan panel. Ia kes khusus untuk satu program yang membabitkan keberangkatan pihak istana dan kehadiran Mufti Negeri,” ujar Dr MAZA menerusi tulisannya.

Menyentuh mengenai isu riwayat palsu ‘roti jala cicah kuah kari’ beliau berkata, “Isu-isu riwayat palsu termasuk isu roti jala telah timbul sejak tahun lepas.

“Banyak pandangan terutama mereka yang terbabit dalam bidang hadis telah dilontarkan mengenai isi-isi ceramah pihak berkenaan.

“Maka, dalam pemilihan panel forum pihak jabatan setelah berbincang melihat tidak sesuai untuk program itu, bukan mengeluarkan fatwa khas menghukum dan melarang sepenuhnya pihak terbabit.”

Mufti Perlis tersebut, turut meluahkan kecewa terhadap tindakan Ustaz Kazim kerana tampil membuat sidang media dan mencabar pihaknya agar mengemukakan bukti.

BACA: Tindakan Mufti Perlis Tak Adil, Malukan Saya – Ustaz Kazim

“Pihak saya dukacita apabila pihak berkenaan membuat sidang media dan mencabar bukti. Bukan tiada bukti, tapi elokkah cabar mencabar di media sedangkan laluan perbincangan terbuka?

“Jika surat itu ditujukan kepada awam, mungkin boleh diterima rasional cabaran itu, tapi hal ini hanya urusan pentadbiran dan bukan larangan mutlak.

“Dalam contoh ‘roti jala’ alangkah baiknya jika pihak berkenaan membetulkan hal itu. Ini kerana jika tidak dibetulkan ia boleh membawa anggapan, sunnah Nabi SAW makan roti jala,” katanya.

Tidak ingin memanjangkan drama, Dr. MAZA berkata pintu perbincangan sentiasa terbuka bagi menyelesaikan kemelut yang melanda antara mereka.

Untitled (5)

Bagi kami, masing-masing merupakan individu yang disegani dan dijadikan rujukan perihal agama, maka moleklah sekiranya kedua-duanya dapat mengaplikasikan nasihat yang selalu diberikan kepada masyarakat luar.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Ceramah Ustaz Kazim Elias Tentang Kenduri Rasulullah Dan Roti Jala Kuah Kari.

https://www.youtube.com/watch?v=XoPNvp-wGxw

Tags: agama islamdr.mazaustaz kazim elias
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selebriti Dakwa Baca ‘Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka’ Buka Rezeki Ada Masalah Mental Yang Serius – Mufti Perlis

Selebriti Dakwa Baca ‘Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka’ Buka Rezeki Ada Masalah Mental Yang Serius – Mufti Perlis

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Fenomena masyarakat yang mengagungkan selebriti di media sosial sehingga menjadikan mereka sebagai idola ditegur oleh...

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

29/10/2025
0

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India  Oleh Mynewshub  Istilah pembersihan etnik merujuk kepada usaha sistematik untuk mengusir,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd