• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Khas Bincang Kerja Dari Rumah Atau Pejabat

oleh
18/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebarang keputusan berhubung tindakan membenarkan pekerja sama ada terus bekerja di pejabat atau rumah akan diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan membawa isu itu ke dalam mesyuarat khas berkenaan susulan tiga kluster baharu yang dilaporkan di Lembah Klang berpunca dari tempat kerja.

Menurutnya, walaupun di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dibenarkan pergerakan pekerja untuk bekerja di pejabat atau sektor ekonomi namun kerajaan memohon majikan supaya membenarkan mereka ini boleh bekerja dari rumah.

“Tetapi sekarang sudah berlaku kes Covid-19 di tempat kerja, jadi saya akan bawa isu ini dalam mesyuarat khas MKN dipengerusi Perdana Menteri.

“Apa tindakan seterusnya bagi pekerja sama ada boleh terus bekerja di pejabat atau tidak akan diputuskan nanti dan kita serah pada perbincangan dalam mesyuarat itu nanti,” katanya pada sidang media, hari ini.

Ismail Sabri berkata, dia mengharapkan sebelum sebarang keputusan dibuat majikan membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah.

“Ia bagi menjaga keselamatan pekerja di dalam syarikat terbabit,” katanya. – myMetro Online

Tags: bekerja dari rumahCovid-19Majlis Keselamatan Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd