• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan Lebih 80,000 Akaun Keldai

oleh
18/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 80,000 akaun keldai digunakan ahli sindiket penipuan dalam talian yang dikesan dari 1 Januari 2019 hingga 9 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Zainuddin Yaacob berkata, akaun keldai merujuk kepada akaun yang dibenarkan individu atau diberikan pemiliknya kepada sindiket keldai akaun untuk pihak ketiga tanpa mengetahui tujuan sebenar penggunaan akaun itu.

Menurut beliau, ahli sindiket memperdaya mangsa hingga sanggup ‘meminjamkan’ kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan nombor pin dengan bayaran antara RM200 hingga RM2,000 bagi setiap transaksi.

“Modus operandi sindiket ini untuk mendapatkan akaun berkenaan adalah melalui tawaran iklan di media sosial atau ditawarkan melalui rakan dengan jumlah bayaran tertentu.

“Antara alasan yang digunakan ialah untuk tujuan perniagaan dan sebagainya yang sasaran mereka terdiri daripada golongan yang memerlukan seperti penagih dadah, suri rumah dan pelajar,” katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif baru-baru ini.

Jelasnya lagi, dalam kes tertentu ada juga individu yang membuat pinjaman wang daripada along yang kemudiannya diarahkan untuk memberikan kad ATM dan nombor pin sebagai syarat untuk pembayaran semula.

Zainuddin berkata, pada tahun lalu sebanyak 18,130 akaun keldai disita dan dibekukan manakala tahun ini sehingga 9 Oktober lalu sebanyak 16,429 akaun juga diambil tindakan sama.

“Seramai 6,409 pemilik akaun itu didakwa pada tahun lepas dan seramai 3,176 orang dituduh setakat 9 Oktober tahun ini.

“Mereka ini didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 412 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki harta curi,” katanya.

Beliau berkata kebanyakan pemilik akaun ini tidak menyedari akaun mereka digunakan sindiket namun ada antara mereka yang sengaja memberikan nombor akaun untuk tujuan penipuan dalam talian.

Zainuddin berkata, perkara itu jelas melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai diingatkan untuk tidak bekerjasama dengan sindiket penipuan dalam talian ini dan sengaja memberikan nombor akaun mereka. Jika melihat ada transaksi yang mencurigakan, cepat-cepat buat laporan supaya tindakan segara boleh diambil,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya sentiasa bekerjasama erat dengan institusi kewangan dan telekomunikasi serta penguat kuasa luar negara bagi membanteras dan mencari penyelesaian terbaik untuk kes-kes komersial khususnya jenayah siber.

Beliau sekali lagi mengingatkan orang ramai agar sentiasa membuat rujukan dengan bank berkaitan, serta portal kendalian Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu ccid.rmp.gov.my/semakmule atau laman sosial rasmi PDRM. – BERNAMA

Tags: Jenayahkeldai akaunSindiket Penipuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

02/12/2025
0

SHAH ALAM: Seramai 24 warga asing dipercayai terbabit sindiket penipuan secara dalam talian dengan bekerja di pusat panggilan, ditahan menerusi...

Sindiket Penipuan Dikesan Guna Talian ‘Hotline’ IPD Port Dickson

Sindiket Penipuan Dikesan Guna Talian ‘Hotline’ IPD Port Dickson

07/01/2025
0

Port Dickson : Polis mengesan sindiket penipuan menggunakan talian 'hotline' Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk tujuan memperdayakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd