• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ku Li Dipanggil Menghadap Agong Untuk Beri Pandangan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen paling lama berkhidmat.

Setiausaha Politik Tengku Razaleigh, Mohd Lokman Ghani berkata, pertemuan itu adalah atas perkenan Al-Sultan Abdullah untuk mendapatkan pandangan daripada Tengku Razaleigh mengenai situasi semasa politik negara.

“Semalam Yang di-Pertuan Agong menitahkan Tengku Razaleigh untuk menghadap di Istana Negara kemudian baru beliau pergi (semalam). Perbincangan itu melibatkan empat mata untuk Tengku Razaleigh beri pandangan, sekadar itu sahaja yang saya tahu.

“Tengku Razaleigh dipanggil menghadap atas kapasiti individu yang paling berpengalaman, paling matang, lama dalam politik dan individu yang pernah bekerja dengan semua perdana menteri,” katanya kepada Bernama.

Mohd Lokman turut menjelaskan pertemuan itu tidak ada kena mengena dengan kedudukan Tengku Razaleigh, 83, sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO mahupun sebagai wakil parti itu.

Semalam, kenderaan yang membawa Tengku Razaleigh, dilihat keluar dari Pintu Dua Istana Negara, pada 2.40 petang selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Al-Sultan Abdullah pada sebelah pagi.

Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara untuk menyembah maklum kepada Seri Paduka bahawa beliau mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu. – BERNAMA

Tags: Ahli ParlimenTengku Razaleigh HamzahYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Presiden Mesir, Kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Presiden Mesir, Kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah hubungan persahabatan antara Malaysia dan Mesir semakin kukuh berlandaskan prinsip saling...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd