• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong ‘Belanja’ Petugas Media Sarapan Pagi

oleh
13/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menunjukkan keprihatinan baginda kepada petugas media apabila menyerahkan bungkusan makanan kepada petugas media yang membuat liputan berita di luar pintu dua Istana Negara pagi tadi.

Bungkusan sarapan itu diserahkan oleh Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim dan Ketua Unit Komunikasi Korporat Istana Negara, Muzli Mohd Zin kepada wakil petugas media.

Seri Paduka amat prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab pengamal media dalam menyampaikan berita yang sahih kepada rakyat.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara awal pagi ini untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan senarai ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya.

Beliau tiba di pintu dua Istana Negara sekitar jam 10.25 pagi menaiki kereta jenis Jaguar berwarna hitam diiringi sebuah lagi kereta jenis Volkswagen hitam.

Anwar dalam hantaran di Facebook miliknya awal pagi ini berharap urusan beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong pada hari ini dipermudahkan.

“Semoga dipermudahkan urusan hari ini,” katanya.

Kenyataan yang dimuat naik berserta gambar beliau bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mendapat komen daripada penyokongnya dan rakan-rakan laman sosial itu.

Pada 8 Oktober lepas, Anwar memaklumkan mendapat perkenan menghadap Seri Paduka pada hari ini bagi mempersembahkan mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya untuk membentuk kerajaan baharu.

Sebelum ini, pada September lepas, Anwar memaklumkan pada satu sidang akhbar bahawa beliau mempunyai sokongan kukuh daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimIstana Negarapetugas mediaYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

21/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak mewujudkan akaun TikTok palsu menggunakan nama dan imej Yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd