• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 YouTuber Dakwa Diugut Ah Long Sudah Dipanggil Polis

oleh Cj Mnh
12/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tiga YouTuber tempatan yang mendakwa mereka telah diugut oleh Ah Long, menerusi satu rakaman video yang dimuat naik ke media sosial dan menjadi tular beberapa hari lepas, telahpun dipanggil polis.

Mengesahkan perkara itu Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ketiga-tiga mereka yang mendakwa menjadi mangsa telahpun dipanggil.

“Laporan polis juga telah dibuat (mangsa). Kita pun dah panggil pengadu yang terlibat dalam video berkenaan.

“Kita juga sudah terangkan (kepada mangsa mengenai) tindakan-tindakan kita yang telah diambil,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai video yang dimuat naik tiga YouTuber berkenaan, yang turut menyebut nama Ayob Khan sebagai usaha mereka untuk meminta bantuan.

Mengulas lanjut, beliau berkata hasil siasatan awal turut mendapati nombor telefon yang digunakan individu yang didakwa mengancam YouTuber terlibat, didaftarkan di Singapura.

“Sementara itu, salah satu plet kenderaan (yang disiasat berhubung kejadian ugutan) didapati merupakan plet palsu,” kata beliau sambil menambah siasatan lanjut masih dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Khianat dengan Api.

Bagaimanapun, Ayob Khan mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan Ah Long.

Beberapa hari lepas, tiga YouTuber dilaporkan membuat laporan polis setelah menerima beberapa mesej berbentuk ancaman serta perbuatan melampau seperti kediaman mereka disimbah cat dan dilempar ‘molokov cocktail’.

Ketiga-tiga mangsa yang mengguna nama samaran Jeff, Inthira dan Tomato, membuat laporan di balai polis berasingan pada Isnin (28 September) dan Sabtu lalu (3 Oktober), kerana merasakan keselamatan mereka terancam.

Tiga YouTuber berkenaan turut memuat naik sebuah video berdurasi hampir 12 minit dalam Bahasa Melayu dan Mandarin, berkenaan ancaman berkenaan serta membuat rayuan kepada Ayob Khan untuk membantu mereka. – BERNAMA

Tags: Ah Longyoutuber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

07/09/2023
0

IPOH: Dua lelaki masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membantu pemberi pinjaman wang tanpa...

Dah Bayar Tapi Along Dakwa Masih Hutang

Dah Bayar Tapi Along Dakwa Masih Hutang

17/07/2023
0

Kuala Lumpur : Baru hendak menarik nafas lega selepas berjaya menyelesaikan hutang pinjaman dengan Along sebanyak RM51,000 awal tahun ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd