• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Muhyiddin Langgar Arahan KKM Tak Benar

oleh
07/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dipakaikan gelang pengawasan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) kerana beliau menjalani  kuarantin kendiri dan memantau status kesihatan kendiri menggunakan  ‘home assessment tool’ (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko oleh pegawai KKM pada Isnin lalu.

“Perdana Menteri dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri dan memantau status kesihatan kendiri di rumah setiap hari selama 14 hari menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.

“Sehubungan itu, beliau tidak dikehendaki oleh KKM untuk memakai gelang pengawasan,” demikian menurut kenyataan tersebut yang merujuk isu ketiadaan gelang pengawasan di tangan Perdana Menteri yang tular serta dipersoalkan oleh netizen.

Kenyataan itu menegaskan dakwaan bahawa Perdana Menteri melanggar arahan KKM adalah tidak benar.

Menurut kenyataan itu, keputusan ujian saringan pengesanan COVID-19 yang dilakukan pada Isnin (5 Oktober) ke atas Perdana Menteri disahkan negatif semalam.

Selain itu, Muhyiddin juga telah menjalani tiga ujian pengesanan COVID-19 iaitu pada 22, 26 dan 29 September lepas dan kesemuanya menunjukkan keputusan negatif.

Beliau bagaimanapun dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala, semasa dalam tempoh pemantauan berkenaan.

“Setakat ini keadaan kesihatan Perdana Menteri adalah baik. Walaupun begitu, beliau akan terus melakukan kuarantin kendiri hingga selesai tempoh 14 hari yang ditetapkan oleh KKM,” menurut kenyataan itu.

Muhyiddin menjalani kuarantin kendiri berikutan beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Sabtu lepas.

Zulkifli telah disahkan positif jangkitan COVID-19 pada Isnin dan menerima rawatan di sebuah hospital di Seremban. – BERNAMA

Tags: Covid-19kuarantinMuhyiddin Yassin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd