• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Selangor Tak Dapat Jangka Bila Bekalan Air Pulih

oleh
05/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) tidak dapat menjangkakan bila bekalan air di kawasan yang terjejas akan pulih seperti sedia kala.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Suhaimi Kamaralzaman, berkata pihaknya masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar pencemaran di Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan. 

“Dua Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi hanya boleh beroperasi sekiranya ukuran kadar bau (TON) di tahap sifar, namun sehingga jam 12.30 tengah hari ini, bacaan di muka sauk LRA Sungai Semenyih berada di tahap sembilan TON dan LAR Bukit Tampoi pula lapan TON. 

“Sungai Batang Benar yang terletak kira-kira 20 kilometer (KM) dari LRA Sungai Semenyih masih tercemar dan berada di tahap 18 TON. Henti tugas ini menyebabkan Air Selangor tidak dapat menghasilkan air sebanyak 602 juta liter sehari untuk dibekalkan kepada pengguna di 274 kawasan. 

“Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka akan mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya kerana kedua-dua loji ini sudah dihenti tugas selama 20 jam,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini. 

Berikutan itu, Suhaimi berkata pihaknya sudah menggerakkan 64 lori tangki air ke premis-premis kritikal, sekolah serta kawasan perumahan yang terjejas. 

“Terdapat 14 tangki statik, tujuh stesen pengisian setempat, sembilan pusat khidmat setempat (PKS) dan 10 pili awam turut disediakan untuk kemudahan pengguna yang terjejas.

“Air Selangor menyarankan kepada pengguna untuk mendapatkan bekalan air bersih di pili awam kerana bantuan melalui lori-lori tangki air adalah diutamakan kepada premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis. 

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dan bantuan bekalan air bersih di PKS yang disediakan. Air Selangor akan mengemaskini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor,” katanya. – BH Online

Tags: air selangorGangguan Bekalan Airsungai langatsungai semenyih
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd