• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persenda Islam: Perbicaraan Ke Atas Vivian Lee Diteruskan

oleh Ahmad Albab
07/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan ke atas Vivian Lee, bekas teman wanita penulis blog kontroversi, Alvin Tan yang menghadapi pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan akan diteruskan di Mahkamah Sesyen di sini pada 13 Julai depan.

Timbalan Pendakwa Raya Yong Anne Nee memberitahu Hakim Abdul Rashid Daud bahawa prosiding itu akan diteruskan walaupun tanpa kehadiran Tan, 27, ke mahkamah.

Tan, gagal hadir kali pertama ke mahkamah pada 13 Jun tahun lepas ketika sebutan kes itu. Mahkamah bagaimanapun mengeluarkan waran tangkap terhadapnya selepas gagal mengembalikan pasport yang dipohonnya bagi tujuan penggambaran dokumentari di Singapura.

Dalam prosiding hari ini juga Tan tidak hadir.

Yong berkata, pertuduhan itu masih diteruskan terhadap Lee, 26, kerana ia masih terpakai dan pihaknya akan mengemukakan empat atau lima saksi.

Bagaimanapun, peguam Nur Adila Kamar Zaman yang mewakili wanita itu memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan lain atas alasan pihaknya akan mengemukakan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan itu.

Katanya permohonan turut dibuat atas alasan menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan kes Akta Hasutan yang dihadapi pensyarah undang-undang, Azmi Shahrom.

Bagaimanapun, hakim menolak permohonan itu dan menetapkan perbicaraan selama tiga hari bermula 13 Julai depan.

Pada 18 Feb lepas, Mahkamah Persekutuan membebaskan Alvin dan Vivian daripada satu pertuduhan iaitu menimbulkan permusuhan antara penganut pelbagai agama melalui perbuatan mereka memuat naik gambar menghina umat Islam ketika Ramadan melalui laman sosial Facebook.

Mereka pada mulanya menghadapi tiga pertuduhan. Berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, dua lagi pertuduhan terhadap Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, dan Lee, atau Lee May Ling, kekal.

Mereka didakwa mengikut Akta Hasutan kerana menyiarkan gambar dengan kapsyen ‘Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising)’ dalam laman facebook.

Satu lagi pertuduhan ialah menyiarkan gambar pornografi dalam laman facebook mereka.

– BERNAMA

Tags: Vivian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vivian Lee Letak Semua Kesalahan Terhadap Bekas Teman Lelakinya

11/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa bekas teman wanita kepada blogger, Alvin Tan, meletakkan semua kesalahan terhadap...

Persenda Islam: Vivian Diperintah Bela Diri Tapi Alvin Tan…?

14/04/2016
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen memerintahkan bekas teman wanita blogger kontroversi Alvin Tan, Vivian Lee membela diri terhadap pertuduhan mempersenda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd