• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Saran Kerajaan Baharu Sabah Fokus 5 Perkara

oleh
01/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan baharu Sabah disaran untuk memberikan fokus kepada lima perkara selain membantu penduduk di daerah yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, yang pertama ialah kerajaan negeri itu disaran untuk menuntut cukai jualan petroleum daripada kerajaan Pusat.

“Awal bulan ini, Sarawak telah dibayar RM2.9 bilion oleh Petronas. Sabah juga patut dibayar secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, kerajaan negeri itu juga disaran mempercepatkan pembinaan ‘Pan Borneo Highway’ terutamanya jajaran-jajaran yang lebih dekat dengan bandar utama.

“Jika perhubungan infrastruktur siap, pembangunan akan menyusul. Kerajaan Sabah juga perlu memberi kelulusan yang laju bagi sektor swasta merealisasikan potensi kawasan-kawasan baharu yang telah dibuka oleh Pan Borneo Highway.

“Langkah ini mampu menjadi pemangkin bagi menjamin pertumbuhan ekonomi Sabah dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut menyarankan agar kerajaan baharu Sabah membatalkan anugerah projek Empangan Papar yang telah diberi oleh kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) secara rundingan terus kepada Syarikat JV Semenanjung Malaysia yang berkait terowong Pulau Pinang bersama sebuah syarikat baharu amat kecil di mana pemilik utamanya seorang anak muda berumur 26 tahun.

“Kerajaan Warisan dahulu telah berjanji menanggung kos penuh RM3 bilion ini. Ini akan memberi tekanan hebat kepada bajet tahunan Sabah yang cuma RM4 bilion setahun.

“Gantikan projek ini dengan projek kolam-kolam takungan hiliran (Off River Storage ORS) bersama penjana tenaga solar yang kos dan impak alam sekitar jauh lebih rendah,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan baharu Sabah juga disaran mengkaji semula empat projek penyelenggaraan jalan bernilai RM1.45 bilion diberi secara rundingan terus oleh kerajaan Warisan kepada empat buah syarikat dengan pendapatan sifar dengan modal berbayar dari RM750k hingga RM1.72 juta.

Menurutnya, ia termasuk diberi kepada sebuah syarikat baharu didaftar sembilan bulan serta sebuah lagi syarikat mempunyai pemilik majoriti serta pengarah sama dengan syarikat lain diguna untuk ‘songlap’ duit Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dalam kes Menteri Warisan, Peter Anthony.

“Keadaan jalan di Sabah sudah teruk. Kontrak-kontrak ini adalah untuk tempoh lima tahun. Ada kebimbangan bahawa keadaan jalan akan bertambah teruk jika syarikat-syarikat kroni tidak berkebolehan diberi projek.

“Siasat juga jika ada penyelewengan sebab saya difahamkan bahawa wang telah dibayar walaupun kerja belum bermula,” katanya.

Perkara ke lima, katanya, segerakan kes Timbalan Ketua Menteri Warisan Plus Sabah Christina Liew yang telah diarahkan membayar ganti rugi RM557 juta kepada syarikat milik kerajaan Sabah dan 819 peladang kecil yang telah ditipu tanah mereka pada tahun 2005 dan 2006.

“Semasa Warisan mentadbir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal merupakan pengerusi syarikat terbabit.

“Ini bermakna plaintif adalah Ketua Menteri manakala timbalan dia pula adalah defendan. Kes ini dikatakan masih dalam proses mahkamah rayuan pada tahun 2018 setelah Warisan ambil alih kerajaan.

“Namun pada tahun 2020, perbicaraan kes dalam mahkamah rayuan masih belum bermula setelah berkali-kali ditangguh,” katanya.

Beliau berpandangan penangguhan ini tidak adil kepada 819 peladang kecil yang telah kehilangan tanah setelah mahkamah tinggi mendapati Christina telah berpakat dengan kakitangannya untuk menipu mereka.

“Siasat juga jika ada salah guna kuasa kerajaan Warisan untuk melindungi Christina,” katanya. – Sinar Harian

Tags: kerajaan sabahNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kuasa Kawal Selia Bekalan Gas Diberi Kepada Kerajaan Sabah

Kuasa Kawal Selia Bekalan Gas Diberi Kepada Kerajaan Sabah

21/12/2022
0

PUTRAJAYA : Kerajaan Persekutuan hari ini memutuskan untuk memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Kerajaan Sabah. Ikuti Mynewshub: Telegram Perdana...

Kerajaan Sabah Pandang Serius Kes Pemalsuan Cukai Jualan Negeri

21/05/2022
0

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah mengambil perhatian serius kes tangkapan pemalsuan pengisytiharan cukai jualan negeri membabitkan penjawat awam negeri oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd