• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CIDB Siasat 3 Aspek Konkrit Hempap Kereta

oleh
24/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) akan menyiasat 3 aspek utama berhubung insiden parapet atau panel konkrit tembok sisi jambatan yang terjatuh dari struktur binaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) Sabtu lalu.

Ketua Eksekutif CIDB, Ahmad Asri Abdul Hamid berkata, 3 aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 34B dan 34C Akta 520 (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan) yang berkaitan kewajipan kontraktor dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan, sama ada semasa atau selepas kerja pembinaan dijalankan.

“Jika didapati bersalah, kontraktor boleh didenda tidak melebihi RM500,000. Pihak lain termasuk tuan punya projek (klien) serta syarikat perunding juga boleh didakwa jika didapati bersalah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sabtu lalu, media melaporkan panel konkrit bersaiz 1m persegi daripada kerja pembinaan Suke menghempap sebuah kereta yang sedang dipandu seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), berhampiran Terminal Bersepadu Selatan dalam kejadian kira-kira 5.45 petang.

Bagaimanapun, mangsa berusia 25 tahun itu diselamatkan orang awam dan hanya cedera di tangan kirinya sebelum dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menerima rawatan. – BERNAMA

Tags: CIDBLebuh Raya SUKERuntuhan konkrit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suke Mula Kutip Tol Tengah Malam Ini

Suke Mula Kutip Tol Tengah Malam Ini

14/10/2022
0

PETALING JAYA – Kutipan tol di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) akan dikenakan kepada pengguna bermula 12.01 tengah...

Kemalangan Akibat Berhenti Lihat Pemandangan Di Lebuh Raya SUKE

Kemalangan Akibat Berhenti Lihat Pemandangan Di Lebuh Raya SUKE

19/09/2022
0

AMPANG – Tindakan seorang pemandu memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan demi melihat pemandangan di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd