• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sabah: 3 Calon Sahkan Jalani Kuarantin 14 Hari

oleh
23/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Tiga calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah terpaksa menjalani kuarantin selama 14 hari berikutan menjadi kontak kepada seorang pemimpin Umno yang disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.

Calon berkenaan ialah dua calon Barisan Nasional (BN), Datuk Kamarlin Ombi yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dan Sani Miasin untuk DUN Sindumin selain calon Parti Warisan Sabah (Warisan) DUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob.

Kamarlin ketika dihubungi berkata, beliau menjalani kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurutnya, beliau memang menemui Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Mohd Razlan Rafii ketika hari penamaan calon di Sipitang pada 12 September lalu.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan beliau disahkan positif Covid-19 dan sebagai salah seorang individu yang baru bertemu dengannya, saya mengambil pendekatan membuat ujian swab.

“Selain berjaga-jaga, ujian terbabit diambil untuk menghormati prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagaimanapun, keputusan ujian berkenaan masih belum ketahui ketika ini,” katanya memaklumkan membuat ujian swab semalam.

Kamarlin berkata, beliau tidak mengalami sebarang simptom atau masalah kesihatan ketika ini.

Dalam pada itu, Yusof sewaktu dihubungi turut menyatakan kini dalam proses kuarantin bagi tempoh 14 hari.

“Saya sudah mengikuti semua SOP disarankan kerajaan selepas mengetahui berita mengenai Mohd Razlan disahkan positif.

“Selaku pemimpin, kita mesti menunjukkan imej serta contoh yang baik selain perlu mengikuti peraturan dan berintergriti,” katanya menjalani ujian swab, Isnin lalu. – myMetro Online

Tags: Barisan NasionalCovid-19PRN SabahUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd