• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: Kluster Bangau Pula Dikesan Di Semporna

oleh
22/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penularan wabak Covid-19 di Sabah kian membimbangkan apabila satu lagi kluster baharu dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Bangau di Semporna itu dikenal pasti hasil saringan kemasukan pesakit di Hospital Semporna.

“Sebanyak lima kes iaitu kes ke-10,340 sehingga ke-10,344 dikesan positif Covid-19, semalam. Daripada jumlah itu, empat adalah warganegara dan satu bukan warganegara.

“Kesemua mereka tidak bergejala dan sudah dimasukkan ke Hospital Semporna untuk rawatan,” katanya ketika sidang media Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, setakat 12 tengah hari ini, seramai 97 individu sudah disaring iaitu lima individu yang dikesan positif dan 92 individu masih menunggu keputusan.

“Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan pembersihan dijalankan di Hospital Semporna, namun punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.

Katanya, perkhidmatan di Hospital Semporna berjalan seperti biasa. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMkluster bangau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd