• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Terima 35 Laporan Hina Anggota Keselamatan

oleh
22/09/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis menerima sebanyak 35 laporan polis sehingga hari ini berkaitan penghinaan seorang bekas menteri terhadap anggota keselamatan yang bertugas ketika Op Daulat Lahad Datu pada 2013.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 28 laporan dibuat di negeri ini manakala tujuh lagi laporan Semenanjung mengenai ceramah yang dilakukan bekas menteri dan juga calon Dewan Undang Negeri (DUN) di gelanggang futsal Kampung Wawasan, Lahad Datu, jam 3 petang, Ahad lalu.

“Kes dibuka kertas siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 500, Seksyen 505 B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman akan mengambil alih sepenuhnya siasatan yang akan dijalankan,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan pengundian awal di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.

Hazani berkata, siasatan akan dilakukan secara profesional dan selepas selesai, kertas siastaan akan dihantar ke peguam negara untuk arahan selanjutnya.

“Bila-bila masa sahaja kita akan panggil calon itu untuk memberi keterangan…tapi seboleh-bolehnya saya cuba selepas PRN supaya tidak mengganggu proses kempen dan PRN yang sedang berlangsung,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai proses pengundian awal, beliau berkata, keadaan baik dan hari ini seramai 11,423 warga polis yang terdiri daripada pegawai, anggota dan kakitangan awam serta keluarga keluar mengundi di pusat-pusat yang di tetapkan di seluruh daerah di Sabah. – BH Online

Tags: anggota keselamatanOp Daulatpencerobohan lahad datu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

ATM Bersiap Sedia Hadapi Pihak Mahu Buat Kacau

Next Post

Kemungkinan Kemasukan Pemegang 2 Kerakyataan – KPN

Related Posts

“Terima Kasih Kerana Bantu Jaga SJR” – PM

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada semua anggota penguat kuasa yang membantu operasi sekatan jalan...

Berpanas, Angin Kencang Antara Cabaran Getir Petugas SJR

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Berpanas, dilanda angin kencang selain terpaksa melayan kerenah masyarakat adalah antara cabaran yang terpaksa dilalui petugas keselamatan...

Next Post

Kemungkinan Kemasukan Pemegang 2 Kerakyataan - KPN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd